JIKEY Comes to PJPAC This Month

The performances are 23-25 September.

By: Sep. 12, 2022
Get Access To Every Broadway Story

Unlock access to every one of the hundreds of articles published daily on BroadwayWorld by logging in with one click.




Existing user? Just click login.

JIKEY Comes to PJPAC This Month

Teater Tradisional Jikey merupakan salah satu teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah dan Perlis sekitar 1960 - an. Di Thailand ia dikenali sebagai Likay Pa dan sangat popular di selatan Thailand di Satun dan Phuket. Manakala di Kemboja di kenali sebagai Yike. Jikey atau Likay diubah suai dari perkataan Parsi Sikir dan Arab kata Sikru , yang bermaksud membaca pujian atau zikir.

Dalam pementasan Jikey , bentuk persembahannya mempunyai elemen tarian , jenaka lucu , nyanyian dan muzik. Pementasan Jikey juga , muzik memainkan peranan penting dalam sesebuah persembahan. Muzik akan mengiringi nyanyian dan tarian dalam persembahan Jikey.

Jikey juga menghadirkan kepada khalayak melalui kewujudan watak pelbagai kaum dan bahasa komunikasi adalah Bahasa Melayu serta memaparkan keadaan sebuah pasar dan suasana perdagangan. Usaha perdagangan ini pula dilakukan dalam sistem ekonomi yang mempunyai sistem yang mantap. Oleh itu , persembahan Jikey adalah satu microcosm kehidupan negeri Melayu.




Videos